Sejak kebelakangan ini perubahan fizikal pelakon Datin Almy Nadia sering menjadi perhatian ramai meskipun suaminya, Datuk Fizz Fairuz tetap menyayangi dan mencintai isterinya sepenuh hati.
Terbaru, ada individu menggesa pelakon berusia 36 tahun itu untuk menjalani pembedahan bariatrik untuk mengelak daripada sebarang penyakit dan tampil lebih mudah.
BACA: Fizz Fairuz Kasihan Nak Suruh Almy Nadia Kurus
Individu tersebut meninggalkan komen berkenaan dalam satu perkongsian dimuat naik Almy yang mempromosikan jenama barangan sukan terkenal.
Komen individu itu mendapat perhatian Almy yang tampil membalas secara sarkastik mengatakan dia tidak kisah menjalani pembedahan bariatrik.
Bagaimanapun, Almy meminta individu tersebut memenuhi permintaannya dengan menyediakan dua orang pembantu rumah yang boleh bekerja dari jam 5 pagi hingga 10 malam, dua orang pemandu bermula jam 6 pagi hingga 7 malam.
Malah, Almy turut dia tidak boleh berbuat demikian kerana masih menyusukan anaknya yang masih kecil serta menyindir individu tersebut supaya menggantikannya menyusukan anak.
Sebelum ini, Fizz berkata dia tidak kisah dengan perubahan fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita yang melahirkan empat cahaya matanya itu sepenuh hati.
Bagaimanapun aktor itu dikecam susulan kenyataannya akan menghamilkan isterinya jika Almy menyimpan hasrat untuk kurus.