Netizen Desak Aliff Syukri Padam Video Kuda Mengawan

Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, semenangnya jutawan kosmetik terkenal ini sentiasa menjadi perhatian ramai ekoran kontroversi melanda dirinya. Meskipun sering dikecam teruk, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk maju ke hadapan.

Nampaknya, baru-baru ini nama Aliff sekali lagi hangat diperkatakan apabila beliau memuat naik video di Instagram menunjukkan kuda peliharaannya yang sedang mengawan.

BACA:Aliff Syukri Tak Sempat Hadiahkan Banglo Pada Arwah Bapa

https://www.instagram.com/p/BvtVW_rg4g6/?utm_source=ig_embed

Video yang dikongsikan itu menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang menyifatkan ianya tidak sesuai untuk tontonan umum.

Kata netizen lagi, video tersebut tidak elok untuk dikongsikan memandangkan ramai pengikutnya di kalangan remaja dan kanak-kanak bawah umur yang sangat mudah terpengaruh.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta supaya Aliff Syukri memadam video berkenaan. Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang merasakan tindakan Aliff itu tidak salah.

Meskipun untuk tujuan pemasaran, diharap selepas ini Aliff akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

×