Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pendakwah popular, Ebit Lew membantu seorang wanita gelandangan warga Indonesia sehingga dibawa ke Malaysia untuk bekerja.
Bagaimanapun, terbaru tular di Twitter apabila netizen melakukan siasatan mengenai ibu tunggal bernama Mondy itu.
BACA: Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Saksi
Menerusi perkongsian di Twitter, ada netizen tidak faham mengapa wanita itu dibantu sedangkan video yang dimuat naik di TikTok mencecah ratusan ribu tontonan di TikTok.
Dia memang buat review pulak tu kat tiktok siap jadi model jugak?
Style rempitzz camtu tapi takdelah tahap miskin homeless pun. Mak dia pun ada je rumah tgk kat tiktok tu
— Sofea Luv Amotti ? (@sofeachipscake) June 14, 2023
Netizen itu turut mendedahkan, wanita tersebut sememangnya membuat review di TikTok serta turut menjadi model.
Malah, melihat video dikongsikan oleh wanita itu tidak memaparkan kesusahan hidup sebagai gelandangan tetapi lebih kepada videonya sebagai imej wanita penuh bertatu. Hasil pemerhatian mendapati, akaun TikTok milik wanita itu kini sudah mencecah sebanyak 1 juta pengikut.