Nelydia Senrose Idam Kahwin Tema Fantasi, Tepi Pantai

Lebih gemar memberi ruang berbicara mengenai kisah cinta mereka kepada pihak lelaki, Nelydia Senrose bagaimanapun mengakui, di peringkat umurnya kini, dia mempunyai kekuatan untuk bergelar isteri dalam masa terdekat.

BACA: Nelydia Senrose Minta Ibu Doa Jodoh Di Mekah

“Kalau ditanya bila lagi nak makan ‘nasi minyak’ (kahwin), semestinya saya nak ia terjadi dalam masa terdekat. Semestinya kalau ada berita baik, saya akan umum. Di usia sekarang, sejujurnya saya ada sedikit keyakinan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri,” jelasnya kepada BH Plus.

Selain itu, ketika disoal mengenai tema impian perkahwinan mereka nanti, pelakon ini sangat gembira jika ia dapat diadakan di dalam suasana di tepi pantai dan juga di dalam taman selain turut menyatakan tema fantasi turut menjadi pilihan.

Jelas Nelydia lagi, usia perkenalannya yang sudah lama bersama Qi Razali, dia mengharapkan penamat yang indah dan baik-baik sahaja. Malah kami pasti peminat pun tidak sabar menantikan pasangan ini bersanding dan menjadi suami isteri dalam masa terdekat ini. (rtky/s)

×