“Negara Ada Undang-Undang, Kebenaran Akan Terungkap” – Puteri Sarah

Semalam, Mahkamah Sesyen membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.

Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

BACA: Puteri Sarah Dibenar Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar, Keluarga

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata negara kita ada undang-undang serta memberitahu kebenaran akan terungkap.

“Negara ada undang-undang dan kebenaran akan terungkap,” katanya.

Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata kes masih dalam peringkat awal dan tidak dapat berkongsikan lebih lanjut serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik.

“Tiada apa yang boleh saya komen sekarang ini. Cuma doakan yang baik-baik untuk saya. Segala tindakan yang saya lakukan selama ini adalah untuk melindungi anak-anak saya.

“Saya ingin berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang bertungkus-lumus membantu dalam memastikan saya kuat dan tabah dengan ujian ini,” katanya.

×