Neelofa Tunjuk Wajah Abdullah Abbas Dalam Pantulan Cermin

Umum mengetahui, sudah sebulan Neelofa selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Abdullah Abbas.

Nampaknya, untuk kelahiran anak kedua ini Neelofa lebih terbuka menunjukkan wajah bayinya itu buat tatapan umum.

BACA: Mahu Berpantang Cara Tradisional, Neelofa Import ‘Kak Dib’ Dari Terengganu

Menerusi perkongsian di Insta story, Neelofa dilihat ada memuat naik gambar Abbas dalam posisi meniarap serta sesi fotografi dimana kelihatan wajah anak keduanya pada sebuah pantulan cermin.

Sebelum ini, Neelofa mengambil masa lapan bulan berkongsikan wajah anak pertamanya Muhammad Bilal. Neelofa berkata dia turut berhati-hati berkongsikan tentang anaknya itu bagi mengelakkan penyakit ain.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

×