Neelofa menjelaskan bahawa dia memandang serius tindakan sesetangah peniaga yang menjual tudung tiruan dengan menggunakan jenamanya. Bagaimanapun perkara tersebut dalam masa yang sama tidak menggugat perniagaan pelakon dan pengacara ini.
BACA: Neelofa Nafi Bertudung Untuk Lariskan Perniagaan
“Saya tahu banyak tudung tiruan Naelofar di luar sana dan saya mempunyai team tersendiri pantau berhubung perkara itu. Alhamdulillah, kebanyakan pihak yang kami jumpa, mereka memberi kerjasama dengan tidak menjual tudung tiruan Naelofar”
“Tetapi masih ramai lagi menjual, cuma saya tidak mempunyai masa untuk menguruskan perkara ini. Mujurlah ia tidak menggugat perniagaan saya,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.
Selain itu, Neelofa juga apabila ditanya adakah dia boleh dipanggil sebagai jutawan muda seperti yang diperkatakan, Neelofa hanya tersenyum dan menganggap ia adalah satu doa daripada orang ramai. (rtky/s)