Selepas empat tahun melayari bahtera rumah tangga, selebriti popular, Neelofa berkongsikan doa ringkas yang diamalkannya untuk bertemu jodoh.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Neelofa berkata sebelum berkahwin dengan PU Haris Ismail, dia sering berdoa berharap ahar bertemu dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri pilihannya.
BACA: Neelofa Doa Ameera Khan Jumpa Suami Yang Sempurna
@hnhrschl Tips jodoh by Neelofa ? #hatitenangbilajiwakenyang #neelofa #puharis #nunhastore
Bagaimanapun, Neelofa berkata dia menukar doa yang lebih ringkas tetapi mempunyai pengertian yang lebih meluas.
“Kalau macam saya dulu, kalau minta jodoh tu nak yang macam ini macam itu (ciri-ciri), tapi akhirnya saya berjumpa dengan Haris.
“Saya doa macam ni saja, “Ya Allah berilah jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku”, ringkas, padat tapi konsisten,” katanya.
Menerusi video berkenaan seorang wanita meminta tips dan pandangan daripada Neelofa dan suaminya mengenai doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh.
Haris yang mendengar soalan tersebut dilihat tersenyum serta meminta isterinya untuk berkongsikan doa yang diamalkan.