Neelofa, Khai Bahar Dominasi AME 2018

Anugerah MeleTop Era 2019 (AME 2018) yang berlangsung malam tadi menyaksikan memenangi lima kategori yang dipertandingkan. Seperti yang dijangkakan Neelofa masih masih berada di kelas yang tersendiri apabila mengekalkan kemenangan tersebut pada malam tadi.

BACA: Di Sekitar Karpet Merah Anugerah MeleTOP ERA 2018

Lofa juga, telah memenangi dua kategori iaitu Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP. Sementara itu, Khai Bahar memenangi kategori Top Top Lelaki dan turut memenangi bagi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP.

AME 2018 yang diacarakan Nabil Ahmad, dan Neelofa, bersama hos jemputan Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Jihan Muse dan Zul Ariffin. Selain itu, turut dihiburkan dengan persembahan daripada Altimet, Ernie Zakri dan Syamel, Khai Bahar, dan ramai lagi. Pada tahun ini, AME 2018 bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’. (rtky/h)

Berikut senarai penuh pemenang AME 2018:

Top Top MeleTOP Lelaki — Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita — Neelofa
Fesyen MeleTOP — Neelofa
Si Cilik MeleTOP — Arif Jiwa Asyraf
Artis Baharu MeleTOP — Farah Nabilah
Couple MeleTOP — Jep Sepahtu & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP — Johara Pagi ERA
Grup/Duo MeleTOP — Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP — Khai Bahar
Lagu MeleTOP — Bayang
Program MeleTOP — Sepahtu Reunion Live 2017
Drama MeleTOP — Red Velvet
Pelakon MeleTOP — Neelofa
Hos MeleTOP — Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP — Zizan Razak
Penyampai Radio MeleTOP — Johan
Filem MeleTOP — J Revolusi
Bintang Filem MeleTOP — Nur Fazura
Anugerah Khas MeleTOP — Datuk Harjit Singh (Bekas Pembaca Berita)

×