Setiap kali bulan Ramadan, ramai yang memanfaatkan bulan mulia itu sepenuhnya termasuk selebriti popular Neelofa yang berkongsikan rutin hariannya yang diisi dengan ibadah.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Neelofa berkata dia akan memulakan hari seawal 4.30 pagi dengan ibadah sebelum bersahur bersama PU Riz, kemudian suaminya akan bersiap ke masjid.
BACA: Neelofa Dah Nasihat Ameera, Minta Jangan Kecam Adiknya
“Saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma serta air 500ml. Saya makan madu juga.
“Sepuluh minit sebelum azan, saya kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat, dia pula akan ke masjid,” katanya.
Selepas menunaikan solat subuh, Neelofa mengkhususkan masa selama empat jam sehari untuk membaca al-Quran dan akan sambung semula selepas solat Zuhur.
“Setelah itu saya akan membaca al-Quran selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya tidur sekejap. Kemudian saya akan ke dapur siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zuhur, saya baca lagi,” katanya.
Sementara itu, pada waktu petang dia akan menyediakan juadah berbuka, namun baru sekali dia sediakan makanan berbuka kerana ibunya menghantar makanan setiap hari.
“Buat air jus, goreng karipap, potong bahan masakan. Tapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama hantar makanan hari-hari. Bilal pun akan suruh saya membaca al-Quran, jadi saya selang-selikan aktiviti dengan anak-anak,” katanya.
SUMBER: Kosmo