fbpx

“Nasrullah Hormat Orang Tua, Pandai Ambil Hati Syasya & Keluarga”

Sabtu lalu berlangusngnya majlis resepsi bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal bersama suaminya, Nasrullah yang turut menerima tajaan dari pelbagai pihak.

Memetik Oh Bulan , ibu Syasya iaitu Farah Diana turut berkongsi mengenai peribadi menantunya yang pandai memikat hati Syasya.

BACA: Syasya Nafi Nenek Tak Restu Pernikahan

“Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga. Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla),” katanya.

Sebelum ini, ibu Syasya memaklumkan Syasya menerima banyak tajaan sempena majlis resepsi serta mendedahkan anaknya itu turut menggayakan barang kemas dan aksesori yang ditaja oleh Habib sejumlah RM5 juta.

Terdahulu, Syasya mengejutkan ramai apabila keluar daripada Dolla pada 8 April lalu dan Syasya selamat bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April.

SUMBER: Oh Bulan