“Nanti Dajjal Muncul, Tak Tahulah Tahap Keliru Macam Mana” 

Nampaknya gerakan Blockout 2020 yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu memberi impak besar terhadap selebriti dan pempengaruh media sosial.

Gerakan tersebut turut mendapat perhatian pelakon Elfira Loy yang turut menyuarakan pandangannya. Menurut Elfira, tidak sepatutnya menggunakan alasan bahawa rezeki daripada kempen dengan jenama yang diboikot adalah daripada Tuhan.

BACA: Elfira Loy Rindu Nak Solat Dengan Khusyuk

“Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka. Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan. Percayalah Allah akan beri lebih baik,” katanya.

Kata Elfira lagi, kelantangan dan tindakannya dalam memboikot jenama-jenama berkenaan bermula apabila dia sendiri pernah dikritik dalam isu yang sama sebelum ini.

“Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana. Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja. 

“Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” katanya.

SUMBER: Murai

×