Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila kecoh mengena dakwaan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon baru.
Susulan dakwaan tular itu, netizen mengesyaki suami kepada aktres tersebut iaitu Aliff Aziz menjadi dalang disebalik penyebaran mesej dan gambar di TikTok itu.
BACA: Bella Astillah Didakwa Ada Hubungan Dengan Pelakon Baru?
Aktor tersebut dituduh melakukan perkara tersebut selepas ada netizen mendakwa ada paparan mesej yang ditunjukkan menampakkan pantulan bayang seorang lelaki pada skrin telefon.
Ia berikutan ada seorang netizen tertanya-tanya dan pelik siapa yang mendedahkan mesej berkenaan.
@edisiumat Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend
Terdahulu, sebuah akaun TikTok yang turut memuat naik paparan mesej panggilan kemesraan seperti pasangan kakasih didakwa perbualan Bella Astillah dan Muaz Zabir.
Bukan itu saja, akaun tersebut turut memuat naik gambar mesra didakwa pasangan tersebut bertarikh pada Oktober 2023.
Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Bella bagi menjawab dakwaan tular itu. Malah, ada netizen mengatakan mesej perbualan tersebut boleh disunting dan tidak kurang juga, ramai yang tetap menyokong Bella.
SUMBER: mStar Online