Sejak kebelakangan ni nama penyanyi Maysa Masyitah menjadi bualan ramai apabila ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya.
Terbaru, penyanyi itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik fotonya dengan memakai jumpsuit namun kelihatan seperti coli yang dipakai dibahagian luar ketika bercuti di Dubai.
BACA: “Bra Pakai Dekat Dalam Bukan Dekat Luar, Malu Tengok”
Selepas beberapa kali dikecam, akhirnya penyanyi itu bersuara membalas komen teguran netizen. Ujarnya, sebagai manusia dia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Difahamkan, perkongsian foto itu sudah pun dipadam oleh penyanyi itu.
“Sudah-sudahlah. Nama pun manusia, tak pernah lepas dari buat silap. Yang baik-baik semua dari Allah dan yang buruk dari saya. Terima kasih,” jawabnya sambil menyertakan emoji bentuk hati.
Terdahulu, Masya dikecam teruk apabila memakai baju tanpa lengan yang berlubang-lubang di bahagian dada, dipadankan dengan ‘inner’ berwarna putih sempena promosi single baharunya berjudul, Simpanan.
Malah, penyanyi berusia 22 tahun itu turut dikritik apabila memuat naik gambarnya mempunyai tindik di bahagian hidung dan ada yang mendakwa gaya tindik di hidung itu seperti lembu.