Nama Anak Kedua, Neelofa & PU Riz Rujuk Hadis Rasulullah SAW

Semalam, selebriti popular Neelofa berkongsikan berita gembira selamat melahirkan cahaya mata keduanya, bayi lelaki pada Selasa lalu.

Menerusi satu perkongsian, Neelofa turut memaklumkan akan mengumumkan nama anak kedua mereka selepas tujuh hari kelahiran anaknya itu.

BACA: Neelofa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki Kedua

Memetik Harian Metro, suami kepada Neelofa yang juga pendakwah bebas, PU Riz berkata pilihan nama anak keduanya merujuk pada hadis Rasulullah SAW.

“Buat masa sekarang nama anak sudah ada, insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari. Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik.

“Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik. Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya.

PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

×