Nak Menang Hadiah-Hadiah Lumayan Bernilai RM100,000?

Pernahkah anda bermain Plinko sebelum ini? Lagi awesome, pernahkah anda bermain Plinko setinggi hampir 19 kaki?

Hanya berlangsung selama 18 hari (29 Mac sehingga 15 April), kepada anda yang ingin mencuba peluang dalam mendapatkan hadiah menarik dengan bermain Plinko, bolehlah terjah Sunway Velocity Mall ramai-ramai dan rasai sendiri debaran bermain VeloPlinko Shop N’ Drop ini .

Jika anda belum mengetahui apa dan bagaimana caranya untuk bermain Plinko ini, kami terangkan serba sedikit tentang cara dan bagaimana untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik ini.

Apa Itu Plinko

Inilah Plinko yang anda akan jumpa di Sunway Velocity Mall nanti (berdekatan Rakuzen, tingkat 1) dan inilah juga kali pertama permainan ini dibawakan di Malaysia dengan ketinggiannya hampir 19 kaki.

Secara mudahnya, anda masukkan bola dari atas dan ia akan melalui secara rawak besi penghalang dan seterusnya bola tersebut akan menghala ke bahagian paling bawah yang mempunyai mata (points) yang bakal anda dapat. Hadiah akan diberi mengikut berapa jumlah keseluruhan mata yang anda dapat kumpulkan.

Tak sabar nak main Plinko? Ini ada beberapa langkah yang anda perlu lakukan sebelum membawa pulang hadiah-hadiah yang lumayan belaka.

Cara Untuk Menyertai Permainan Plinko

Mudah sahaja. Caranya anda hanya perlu memberi bukti resit pembelian di Sunway Velocity Mall bernilai RM300 keatas, atau pun hanya dengan pembelian RM150 ke atas (maksimum gabungan 2 resit sahaja) untuk bermain satu pusingan Plinko. Sebelum itu resit yang diterima hanyalah untuk beberapa kedai yang terpilih sahaja.

Seterusnya anda akan diberi beberapa biji bola untuk melalui ruang-ruang yang terdapat di Plinko tersebut dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama dan hadiah premium sekaligus membuatkan anda nampak mewah apabila berjalan bersama hadiah idaman.

Bukan itu sahaja, cabutan bertuah turut menanti anda dengan hadiah-hadiah yang bernilai RM100,000. Jadi rugi jika anda terlepas peluang ini.

Hadiah Yang Ditawarkan

Selain hadiah utama dan hadiah premium yang membuatkan anda terpukau, hadiah cabutan bertuah juga tak kurang hebatnya. Jika bernasib baik anda boleh bawa pulang hadiah utama yang merupakan kerusi urut daripada Gintell (DeVano SV).

Hadiah lain yang turut menanti anda adalah seperti sepasang jam tangan daripada Corniche Heritage, tas tangan daripada Lancaster, Baucar Tunai oleh Li Ning & JD Sport dan banyak lagilah.

Siapa kaki shopping, inilah peluang keemasan yang anda perlu rebut.

Aktiviti Lain

Selain Plinko, setiap hujung minggu turut diadakan permainan buat kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun seperti Ring Toss dan Shooting Range (Nerf Gun). 160 kanak-kanak pertama yang berjaya menyelesaikan cabaran dari kedua-dua permainan ini akan mendapat ais krim percuma.

Sambil-sambil anda bermain permainan VeloPlinko Shop N’ Drop, anak-anak pun boleh berkongsi keseronokan dengan permainan yang ada di sini.

Jangan lepaskan peluang dari sekarang hingga 15 April ini, dan jika anda ingin tahu lebih lanjut boleh ke Shop N Drop Velocity Mall atau untuk tidak mahu ketinggalan sebarang update terkini, ikuti Facebook Sunway Velocity Mall yang sentiasa meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.

×