Sebelum berlangsung pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), hangat diperkatakan apabila penyanyi Noraniza Idris terkilan dengan kritikan pedas yang diberikan oleh Michael Ang di media sosial terhadap persembahannya.
Memegang kata-katanya sebelum ini dimana dia berhasrat untuk bertemu dengan pengarah itu, Noraniza berkata dia tidak menyimpan dendam sebaliknya mahu berjumpa dengan untuk kenal Michael dengan lebih dekat.
BACA: Aishah Bengang Orang Kutuk Suara Noraniza Idris
“Sebenarnya, tiada apa pun tetapi saya tak boleh tipu memang beremosi. Bukan apa, individu berpengaruh macam Michael boleh menarik orang untuk bercakap perkara yang tidak elok. Macam mengumpat.
“Bahasa yang digunakan pun tidak berapa manis, saya tidak biasa. Kita ajar budak-budak dan golongan pelapis tentang adab dan sebagainya tetapi orang yang kita tidak kenal cakap gunakan bahasa yang kurang manis. Kita orang Malaysia, ada adab dan tatasusila dalam bercakap.
“Sejujurnya, tiada rasa dendam cuma tujuan saya nak berjumpa dengan Michael kerana ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Kalau macam Azwan Ali saya sudah kenal walaupun mulut dia bising tetapi kita kenal. Saya tak kenal Michael. Nama sahaja kenal jadi saya nak kenal dia secara peribadi,” ujar.
Terdahulu, nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada Michael. Malah, Noraniza mahu bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.
Susulan kenyatannya itu, Michael berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan penyanyi itu. Ujarnya, bukan hanya Noraniza tetapi semua peserta turut mendapat kritikan jika persembahan tidak bagus. Katanya lagi, jika menyertai pertandingan realiti sepatutnya sudah bersedia dengan kritikan.