Nak Jaga Suara, Nabila Razali Tahan Nafsu Tak Makan Pedas

Penyanyi Nabila Razali berkata dia terpaksa menahan selera daripada menikmati hidangan pedas bagi menjaga kotak suaranya.

Memetik Utusan Online, Nabila dia juga perlu mengikut nasihat doktor untuk tidak aktif menyanyi untuk pulih sepenuhnya dan sihat seperti sediakala.

BACA: Ditinggalkan Kerana Orang Ketiga, Nabila Razali Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

“Saya belum sepenuhnya pulih. Tetapi, bagi mereka yang kenal, tentu tahu saya ini bukan jenis yang boleh duduk diam. Sesekali, saya akan ambil beberapa tawaran persembahan untuk berlatih menyanyi.

“Namun, tidaklah sehingga aktif menyanyi dari satu ke satu acara seperti sebelum ini. Berpantang makanan pun masih saya buat. Saya ini suka makan pedas.

“Tetapi, apabila sudah jadi begini, kenalah pantang sikit. Dulu, sambal saya ‘belasah’ makan banyak, 80 biji cili pun boleh lagi. Sekarang memang kena kurangkan. Semuanya demi nak sihat cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila berkata ada masanya dia akan turun padang kerana enggan menghampakan peminat yang mahu melihatnya di pentas namun dia tetap akan berhati-hati.

“Saya tahu, kesihatan itu lebih penting, tambahan lagi dengan cuaca sekarang yang tidak menentu. Ada kerisauan juga, tetapi hidup harus diteruskan.

“Saya pun tidak mahu hampakan peminat yang ingin tengok saya buat persembahan. Tapi, saya tetap berhati-hati dan buat apa yang termampu. Sekarang ini, ramai sudah buat program dan acara hiburan. Boleh jumpa peminat,”katanya.

×