Baru-baru ini perkongsian cef selebriti dan penyanyi Dato Fazley Yaakob menjadi perhatian apabila membidas kenyataan seorang individu meminta isteri sentiasa berhias untuk suami. Menurut individu itu, isteri perlu berhias cantik di rumah kerana suami sudah menyediakan kelengkapan berhias.
Menerusi entri itu, Fazley berkata dia setuju bahawa isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah tetapi jika mereka tidak penat apatah lagi selepas seharian bekerja kemudian balik berhempas pulas menguruskan rumah dan anak-anak.
BACA: Netizen Samakan Wajah Fazley Yaakob Dengan Zayn Malik
“Memang betul isteri seeloknya berhias untuk suami di rumah, TETAPI, kalau tak penat lah kan? Yakni, lepas jaga anak, basuh baju, memasak, cuci pinggan, bersihkan tandas, kemas katil, beli barang di pasar, siapkan homework anak-nak.
“Handle perangai mak mertua (kalau yang jenis mak mertua tak sporting), siram bunga and pokok kat luar, kemas beranda rumah – ini semua sebelum pergi office dan selepas balik office,” katanya.
Kata Fazley lagi, isteri tak sempat berhias di rumah namun jika rumah terjaga luar dalam pun wanita itu tetap hebat.
Dalam pada itu, Fazley turut menegur suami yang mahu isteri berhias dirumah, tetapi bagaimana pula dengan mereka adakah mereka juga turut menjaga penampilan di rumah.
“Jadi kalau isteri kat rumah tak bersiap, tetapi keluar dan rumah semua di jaga elok, dah kira hebat dah tu? Suami nak isteri berhias? Suami pun kena lah trim bulu ketiak, mulut jangan bau petai, rajin mandi, jangan asyik pakai kain pelikat bau kepam,” tulisnya.
Tambah Fazley lagi, rumah tangga sebenarnya perlukan kerjasama antara dua belah pihak dan bukan tanggungjawab salah seorang sahaja.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat Fazley itu. Kata netizen ramai lelaki impikan isteri cantik namun kebersihan sendiri tidak terjaga.