Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan bakal bernikah tidak lama lagi.
Lebih menguatkan lagi desas-desus berkenaan apabila Uqasha mengadakan majlis bridal shower di sebuah kediaman di ibu negara dua hari lalu.
BACA: Kamal Adli, Uqasha Senrose Nikah Minggu Ini?
Lebih manis, Uqasha turut menerima kad ucapan istimewa daripada Kamal Adli di majlis tersebut yang mengatakan kehadiran Uqasha merupakan antara perkara paling indah dalam kehidupannya.
“Sayang, saya sangat mencintai awak. Awak sangat cantik! Awak terbaik dan perkara paling hebat yang pernah saya lalui dalam hidup,” tulis Kamal.
Dalam pada itu, Kamal berkata dia tidak sanggup untuk kehilangan wanita yang dicintainya itu serta meluahkan rasa sayang kepada Uqasha.
“Saya tak mahu kehilangan awak sayang. Kita pasti boleh hadapi semua ini. Nak hidup dan mati dengan awak seorang. Saya sangat sayangkan awak,” katanya.
Setakat ini masih tiada pengesahan rasmi daripada Uqasha mahukan Kamal mengenai tarikh hari bahagia mereka meskipun pelbagai desas desus timbul mengenai perkara itu.