fbpx

Nad Zainal, Ungku Ismail Selamat Timang Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, pelakon Ungku Ismail dalam satu posting di Instagram sebentar tadi serta memuat naik gambarnya memangku anak lelaki mereka.

BACA: Ungku Ismail Ada Kualiti Suami Idaman Nad Zainal

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Puteh (@ungkuismailaziz)

Menerusi entri itu, Ungku turut menitipkan pesanan buat anak pertamanya itu serta mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta.

“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya penuh dengan cabaran namun tempat kamu berdiri dalam perspektif Tuhan, menentukan kebahagiaan kamu,” tulisnya.

Nad Zainal dan Ungku Ismail berkahwin pada 23 Januari lalu. Terdahulu, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 2015 namun bercerai pada September 2022. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.