Pelakon Nad Zainal menafikan dakwaan suaminya, Ungku Ismail mengongkong kerjaya seni dan kehidupannya sejak mereka mendirikan rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Nad berkata suaminya sentiasa membimbing dirinya dalam menentukan hala tuju hidupnya.
BACA: Ungku Ismail Kongsi Kisah Nad Zainal Bunting Pelamin Lepas Sebulan Nikah
“Suami tidak pernah mengongkong saya dan semuanya okay saja. Kalau mengongkong, pasti kita akan berasa tertekan dan terbeban tetapi ini biasa saja. Normal seperti pasangan suami isteri lain.
“Ketika hamil, memang saya kurang aktif tetapi masih ambil tawaran berlakon. Selepas bersalin pun, saya berlakon semula. Bagi saya, itu bukan mengongkong. Sebaliknya, suami sekadar mengingatkan diri ini,” katanya.
Sementara itu, Nad berkata dia percaya bahawa suaminya itu mampu membentuk dirinya untuk menjadi seorang wanita yang lebih bertanggungjawab dan hidupnya kini semakin tenang.
“Saya juga suka kalau ada orang yang boleh melentur saya. Tidak bermakna kalau sudah berkahwin saya tak boleh berlakon. Hidup saya kini banyak berubah selepas berkahwin dan semakin tenang berbanding dulu,” katanya.
Untuk rekoed, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Indra Puteh Al Majid kini berusia sembilan bulan.
SUMBER: Harian Metro