Nabila Razali Mengaku Silap Pakai Baju Ketat Di AJL37

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali dikecam susulan pakaiannya ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) dikatakan ketat dan bertudung singkat.

Memetik mStar Online, Nabila memohon maaf serta mengakui kesilapannya itu datang daripada dirinya. Ujarnya lagi, dia akan lebih berhati-hati dari segi pemakaian di masa akan datang.

BACA: “Dah 2023, Tak perlulah Komen Yang Boleh Mengguris Hati Peserta” – Nabila Razali

View this post on Instagram

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

“Bella mengaku salah Bella, sedih sebenarnya… Macam mana pun Bella tetap salah, Bella minta maaf kalau ada yang mungkin secara tidak langsung menguris hati sesiapa.

“Selepas ini Bella akan lebih berhati-hati untuk memilih busana yang Bella akan gayakan pada majlis-majlis yang Bella akan pergi,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata sebagai seorang anak seni dia sudah bersedia dengan segala kritikan serta perkara itu menjadikan dirinya terus kuat.

“Bella percaya dengan adanya tulang belakang yang kuat, peminat, keluarga, kawan dan rakan media itu yang membuatkan kita kuat.

“Sekali kita masuk ke dalam industri, kita dah jadi sebagai seorang public figure… kita kena bersedia dari apa segala kemungkinan,” katanya.

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali dikecam susulan pakaiannya ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) dikatakan ketat dan bertudung singkat.

Memetik mStar Online, Nabila memohon maaf serta mengakui kesilapannya itu datang daripada dirinya. Ujarnya lagi, dia akan lebih berhati-hati dari segi pemakaian di masa akan datang.

BACA:

×