Nabila Masak Makanan Kegemaran Aleesya, Briyani Ikan Sempena Hari Jadi

Sebelum ini, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila ada meuat naik satu posting sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak tirinya, Engku Aleesya.

Semalam, Nabila dan suaminya, Engku Emran mengadakan sebuah majlis hari jadi Aleesya. Engku Emran mengucapkan terima kasih buat keluarga mentuanya kerana menganjurkan majlis buat Aleesya.

BACA: Noor Nabila Titip Doa Sempena Hari Lahir Engku Aleesya

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Emran turut memaklumkan isterinya turut menyediakan makanan kegemaran Aleeysa iaitu Briyani Ikan.

Terdahulu, Nabila turut meluahkan rasa sayangnya kepada Aleesya serta sentiasa mendoakan agar anak gadisnya itu dilindungi dan dirahmati selalu.

Malah, Nabila turut meluahkan rasa syukur kehidupannya dan Jebat Jayden diserikan lagi dengan kehadiran Aleesya.

×