Nabila Huda Dituduh Pencuri Budaya Indonesia, Netizen Ugut Nak Culik Anak

Pelakon Nabila Huda mendedahkan dia menerima ugutan daripada seorang individu dipercayai warga Indonesia selepas mendakwa dia mencuri budaya negara Indonesia.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, lebih mengejutkan individu itu turut mengugut mahu menculik anak perempuannya, Keisha Laila.

BACA: Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Tapi Kena Block

Ciapan individu itu dimuat naik semula oleh Nabila yang turut meminta netizen memberi respon terhadap ugutan dibuat individu berkenaan.

Bagaimanapun, akaun individu itu telah pun ditukar ke mod privasi mungkin bagi mengelak daripada diserang oleh netizen lain.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen meminta Nabila membuat laporan polis demi kelematannya dan keluarga kerana individu tersebut membuat ugutan jenayah.

×