Mydin Tak Layan Tuntutan Permohonan Maaf Caprice?

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai satu perkongsian di buat oleh pasaraya terkenal, Mydin yang dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi rap terkenal, Caprice.

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi tersebut apabila namanya disindir serta meminta pihak Mydin membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan bersedia memfailkan saman sebanyak RM30 juta.

BACA: Disindir Di Twitter, Caprice Nak Saman Mydin RM30 Juta 

Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi permohonan maaf dilakukan oleh pihak Mydin, sebaliknya menerusi perkongsian tersebut pihak pasaraya itu memuat naik status memaklumkan menerima banyak notifikasi pagi tadi.

Malah, Mydin dilihat tenang serta bertanyakan kepada pengikutnya sama ada sudah membeli belah di pasaraya tersebut atau belum.

Turut menjadi perhatian, Mydin juga dilihat ada memuat naik status apabila nama pasaraya tersebut tular di laman Twitter.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru Caprice di Insta Story, penyanyi itu memaklumkan mahu belanja rakyat Malaysia di pasaraya Mydin antaranya barangan seperti beras, minyak dan tiga barangan keperluan lain secara percuma pada minggu hadapan.

×