Pelawak Harith Iskander berkata dia dan bekas isterinya, Dr Jezamine Lim sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka namun perceraian yang berlaku adalah langkah terakhir.
Memetik Kosmo, Harith berkata hubungannya dengan Jezamine kekal sebagai sahabat demi anak-anak mereka dan dia juga mengakui sedih ketika melafazkan talak.
BACA: Harith Iskander, Dr Jezamine Sah Bercerai Talak Satu
“Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan dari pihak saya sahaja tetapi Jezamine juga. Kami dah sampai ke tahap ini dengan cara yang baik, masih lagi berkawan demi kebaikan anak-anak kami.
“Perkara ini semua berkekalan dengan lancar dan kami sudah tiba di satu tahap sudah bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini.
“Ketika melafazkan talak, pastinya sedih tetapi secara peribadi, kedua-duanya setuju dan dapat ‘move forward’ dalam kehidupan masing-masing,” katanya.
Ditanya mengenai peluang untuk kembali bersama, Harith berkata dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
“Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah,” katanya.
SUMBER: Kosmo