Baru-baru ini tular video memaparkan pelakon Fattah Amin hadir ke majlis perasmian produk kecantikan yang diadakan di Shah Alam.
Menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok, memaparkan Fattah mengenakan suit berwarna rona hijau sedang turun dari pentas sambil diiringi petugas majlis.
BACA: Fattah Amin Terima Notis Tuntutan Dari Fazura
@amirnaufal91
Dapat dilihat Fattah memasukkan kedua tangannya di dalam poket seluarnya seolah mahu mengelak daripada bersentuhan dengan wanita.
Bagaimanapun, netizen rasa kurang senang dengan tindakan petugas majlis yang dilihat menyentuh lengan Fattah sehingga mengecam wanita berbaju kurung hitam itu.
Kata netizen, wanita tersebut seolah tidak faham dengan bahasa tubuh Fattah yang ketika itu meletakkan tangan di dalam poket bagi mengelakkan daripada tersentuh.
Malah, ada yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut memegang Fattah sedangkan boleh saja tunjuk ke mana arah perlu dituju sebaik saja turun dari pentas.
Dalam pada itu, ada netizen yang mendakwa reaksi muka Fattah seolah tidak selesa dan segan dengan tindakan wanita berkenaan.
SUMBER: Oh Bulan