Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi, pelakon Fathia Latiff baru-baru mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru, dilihat memuat naik foto seorang wanita di dalam sebuah bilik dalam keadaan gelap.
BACA: Fathia Latiff Dedah Hidap Skizofrenia
View this post on Instagram
Namun, gambar diambil menerusi pantulan cermin itu menampakkan badan seorang wanita di bahagian sisi dan belakang yang tidak mengenakan pakaian.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wanita dalam foto berkenaanadalah Fathia atau gambar orang lain.
Seperti sudah dijangka, perkongsian Fathia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta ada yang terkejut dengan perkongsian berkenaan.
Sementara itu, ada yang mempersoalkan mengapa Fathia seperti ini serta ada yang mendakwa kesihatan mental pelakon itu semakin merosot dan menyarankan pergi berubat.
“Sudah kenapa macam ini pula? Kesian, berubatlah. Kesihatan mental dia makin merosot,” tulis netizen.
“Adik beradik dia tak kisah ke fasal dia ini?” kata seorang lagi netizen.
SUMBER: mStar Online