Selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Siti Hajaar, penyanyi rap, MK K-Clique sering menjadi perhatian ramai apatah lagi ramai suka melihat isterinya yang dipuji cantik dan bersederhana.
Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan MK sedang mendengar ceramah daripada pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad.
BACA: Selepas Bergelar Suami, MK Jaga Batas Dalam Lakonan
Turut kelihatan suami kepada penyanyi Zizi Kirana iaitu pelakon Yusuf Bahrin yang duduk di sebelah MK.
Menerusi ruangan komen di TikTok, rata-rata netizen memuji kedua-dua pelakon itu yang tetap mengutamakan hal agama meskipun mereka berada dalam dunia seni.
Malah, netizen turut senang hati melihat kedua pelakon itu meluangkan masa ke majlis agama serta mendoakan agar terus istiqamah.
“Kita kalau berkawan dengan orang baik, baik la kita… kalau berkawan dengan yang bukan bukan, bukan bukan la kita, simple.
“Berhibur-hibur juga, soal agama tetap nombor satu terbaik.
“Alhamdulillah… moga kalian terus istiqamah. Terus mengajak ke arah kebaikan… senang hati tengok,” tulis netizen.
Difahamkan, Ustaz Abdul Somad ke Malaysia bagi menyampaikan ceramah sambutan Maal Hijrah 1445 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 14 Julai lalu.