“Misya Dah Diblock Oleh Puan Abby & Anaknya” – Misya Jawab Dakwaan

Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan tampil bersuara apabila banyak dakwaan dan spekulasi melibatkan dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Thread, Misya berkata dia bukan sesiapa dan hanya merupakan ibu kepada tiga orang cahaya mata yang tidak berminat untuk masuk campur hal-hal lain.

BACA: “Aslam Tu Apa? Kayu Ke? – Abby Abadi Bidas Netizen Suruh Minta Maaf Kepada Umisya

Menurut Misya, dia tidak tahu mengenai sebarang kenyataan yang dikeluarkan kerana telah disekat oleh ibu mentua suaminya (Abby Abadi) dan pihak sebelah sana.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah mengeluarkan mengenai ‘maaf’ apatah lagi untuk meminta mana-mana pihak meminta maaf pada dirinya.

Sementara itu, Misya menafikan dakwaan dia cuba ‘menunggang’ populariti kerana jika benar dia mahu berbuat demikian sudah lama dia membuat konten bersama madu.

×