“Miskin Sangat Ke Nak Saman Saya RM1 Juta?” – Chef Wan

Baru-baru ini perkongsian Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjadi perhatian apabila memaklumkan menerima surat saman malu dari peguam bekas menantunya, Shikin Maembong.

Menerusi perkongsian itu, Shikin yang juga kakak kepada pelaon Emma Maembong menghantar surat saman kepada Chef Wan susulan tindakan chef itu yang menegurnya dan juga anaknya, Chef Riz berkenaan isu penjagaan anak.

BACA: Chef Wan Pecat Driver Pemalas, Pokok Kesayangan Kering Tak Disiram

“Bekas isteri anak saya, Shikin Maembong melalui peguamnya telah menghantar surat saman malu kononnya beberapa bulan lalu saya menegurnya dan anak saya, Nadzri bergaduh tentang anak. Hal bapa atau ibu adalah sama ke atas anak itu.

“Kerana mahu membalas dendam sebab tidak berpuas hati tentang urusan nafkah anak, dia (Shikin) menggunakan cara itu (saman),” tulisnya.

Dalam entri itu, Chef Wan turut meluahkan rasa terkilan dengan saman yang dikenakan apatah lagi dia banyak membantu bekas menantunya itu ketika dalam kesusahan.

Kata Chef Wan lagi, dia turut mempersoalkan salahkah sebagai bekas bapa mertua dan orang tua mahu memberikan nasihat.

“Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua, salah ke jika saya memberikan nasihat?

“Sebagai orang tua, saya memberikan nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama menjaga anak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut mendedahkan sudah hampir setahun anaknya tidak berjumpa dengan anak perempuannya kerana dihalang bekas isteri.

Chef Wan sempat menegur bekas menantunya itu yang tidak rasa malukah untuk menyaman dirinya kerana memberi nasihat kepadanya serta anaknya berhubung isu penjagaan anak.

Malah, dia turut meminta semua pihak untuk move on di atas apa yang berlaku serta enggan melayan tuntutan berkenaan serta tiada masa untuk perkara itu.

Nadzri mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkokngsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.

×