Minum Susu Ikhtiar Hamil, Netizen Doa Janna Nick Dikurniakan Zuriat

Perkongsian pelakon dan pengacara, Janna Nick menjadi perhatian apabila membuat kejutan sempena hari jadi suaminya, Dini Schatzmann yang ke-30.

Menerusi hantaran itu, Janna dan Dini turut berkongsikan konten menghafal surah Al-Mulk dan ketika gililan Dini, Janna membuat kejutan membawa kek hari jadi buat suaminya.

BACA: Janna Nick Reda Hasrat Nak Anjur Majlis Baby Shower, Aqiqah Belum Kesampaian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Turut menjadi perhatian, Janna turut berharap tahun hadapan mereka akan bertiga serta mendoakan agar suaminya diberikan kesihatan yang baik serta rezeki melimpah.

Sementara itu, turut menjadi bualan apabila ada netizen yang perasan Janna sedang membancuh susu yang diformula khas bagi membantu wanita memulihkan kesihatan dalaman sebagai ikhtiar untuk hamil.

Komen netizen itu turut mendapat reaksi daripada Janna yang memberitahu dia berikhtiar untuk hamil. Dalam pada itu, netizen turut menitipkan doa agar Janna dikurniakan zuriat tidak lama lagi.

×