Awal pagi tadi, perkongsian bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengejutkan ramai apabila mendedahkan mesej lucah bekas suaminya itu bersama penyondol.

Tidak terhenti disitu, tular pula pendedahan perbualan mesej lucah aktor berkenaan berkenaan dikongsikan seorang pengguna di platform X.

BACA: “Satu Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan”

Individu itu mendakwa mesej lucah itu dikongsikan oleh Shuhada dan sudah lama ibu kepada dua cahaya mata itu bersabar. Malah, individu itu mendakwa Shuhada ada video seks bekas suaminya itu namun tidak didedahkan kepada umum.

Lebih mengejutkan, individu itu mendakwa bekas suami Shuhada berlaku curang ketika wanita itu sedang hamil anak kedua mereka dan jika dia berada di tempat tersebut pasti akan menggigil membaca mesej perbualan suaminya dengan wanita lain.

SUMBER: X

×