Mimi Fly Lancar Semula Serumpun, Tiada Versi Berkemban

Susulan video muzik Serumpun yang hilang di YouTube, penyanyi Mimi Fly memaklumkan ianya sudah dimuat naik semula pada jam 11.11 pagi tadi dengan versi terbaru.

Menerusi satu video dimuat naik di Instagram, Mimi mengakui apa yang dilakukan itu adalah satu kekhilafan dan video muzik sebelum ini telah pun diturunkan serta memohon maaf.

BACA: Mimi Fly Mohon Maaf Berkemban Dalam Muzik Video Raya

Menurut Mimi lagi, dia bimbang seandainya pendekatan seninya disalah tafsir serta mengucapkan terima kasih dengan teguran yang diberikan.

“Saya ambil maklum dan akur dengan kekhilafan diri. Video muzik Serumpun sebelum ini sudah pun diturunkan. Terima kasih kerana memberi teguran, saya mohon jutaan kemaafan. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mohon maaf awal sebelum raya,” katanya.

Sementara itu, hasil tinjauan di platform YouTube, setakat ini video muzik tersebut sudah mencapati 106,000 tontonan dalam masa enam jam ianya dilancarkan.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Mimi yang terus memadam video muzik sebelum ini serta menyifatkan penyanyi itu mempunyai adab yang tinggi.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai penampilan Mimi yang dilihat berkemban dalam muzik video berkenaan sehingga dikecam oleh netizen.

×