Mimi Fly Balik Kampung Kekasih Di AS, Dapat Gelaran Rihanna Malaysia

Selepas lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki kulit hitam yang  juga merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dikenali sebagai Antonio Rozier.

Baru-baru ini, Mimi dikhabarkan pulang ke kampung halaman kekasihnya di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

BACA: Mimi Fly Kesal Teman Lelaki Digelar Negro

Menerusi entri itu, penyanyi berusia 36 tahun itu tidak lokek memuat naik gambar bersama kekasihnya serta momen ketika bersiar-siar di negara tersebut.

Perkongsian Mimi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat kebahagiaan penyanyi itu bersama kekasihnya. Malah, ada segelintir netizen menggelarkan Mimi seperti penyanyi popular antarabangsa iaitu Rihanna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mimifly (@mimiflyyy)

Sebelum ini, Mimi mengaku menjalin hubungan dengan jejaka itu sejak dua tahun lalu. Ujarnya lagi, dia tidak rasa takut berkawan dengan lelaki kulit hitam serta mengatakan kekasihnya itu banyak memberi sokongan kepadanya untuk jadi manusia lebih baik.

Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan tersebut bercerai pada November 2017.

×