Miera Leyana Tenang Kongsi Video Makan Dengan Suami

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman yang menceraikan isteri pertamanya, Adibah Mutalib.

Rosland menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu di depan hakim selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasan sayang terhadap Adibah.

BACA: “Rasa Hati Ini Hancur, Sedih Mengenangkan Anak-Anak” – Adibah

Di media sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai isu perceraian itu serta meluahkan rasa simpati terhadap Adibah apatah lagi yang mahu mempertahankan rumah tangga namun berakhir jua.

Sementara itu, turut menjadi perhatian perkongsian pelakon Miera Leyana dilihat ada memuat naik video sedang makan bersama suaminya di sebuah restoran.

Semalam, ibu mentua Rosland iaitu Aisah Abdullah berkata menantunya itu bakal mengadakan sidang media dalam waktu terdekat berhubung perceraiannya dengan bekas isteri.

×