“Mereka Pandai Masak” – Nadhir Nasar Cari Jodoh Wanita Kelantan

Usia sudah mencecah 30 tahun, pelakon Nadhir Nasar berkata dia percaya bahawa akan bertemu wanita yang tepat untuk dijadikan isteri.

Memetik mStar Online, Nadhir berkata dia perlu mencari pasangan hidup dan mengkaui masih mencari wanita berasal dari Kelantan seperti kenyataannya dalam satu video tular sebelum ini.

BACA: Meerqeen, Nadhir Nasar Dilabel ‘Muka Awam’

Menurutnya lagi, baginya wanita Kelantan mempunyai aura tersendiri serta pandai memasak tambahan pula dia pula penggemar budu.

“Tahun depan saya akan mencecah usia 30 tahun, jadi saya perlu mula mencari. Saya masih mencari wanita dari negeri Kelantan memandangkan saya bakal menjengah usia 30 tahun, tahun depan.

“Saya rasa wanita Kelantan ini ada satu aura yang sangat dekat dengan personaliti saya dan mereka pandai memasak. Saya cari wanita dari Kelantan sebab saya penggemar budu,” katanya.

Dalam pada itu, Nadhir turut mengulas mengenai spekulasi bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa seperti yang diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Katanya, dia sedar ramai yang membuat andaian bahawa dia mempunyai hubungan dengan seseorang, namun spekulasi itu tidak betul serta privasi tetap menjadi keutamaannya.

“Kadang benda itu tak betul hingga menjejaskan kedua-dua pihak. Cuma untuk saya, spekulasi itu tidak betul,”katanya.

SUMBER: mStar Online

×