Perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status ‘menyesal kahwin is so real’ di Threads menjadi perhatian ramai.
Menerusi entri itu juga, Fara berkata dilihat membalas komen netizen mengatakan dia tidak pernah merebut suaminya itu dan dia bukan punca suaminya sebelum ini bercerai.
BACA: Shuk Sahar Tak Lagi Dikecam Bila Nikahi Fara Salleh
“Saya tak pernah rebut dia awak.. dan dia bukan ada saya sorang ye kalau nak tau zaman tu,” tulisnya.
Malah, Fara mendakwa suaminya lebih percayakan dan mempertahankan kawan serta seorang yang baran. Malah, apabila diajak untuk kaunseling suaminya enggan berbuat demikian.
“Dia lebih percaya kawan dia, protect kawan dia.. dah banyak kali ajak kaunseling, dia tak nak.. dia baran.. sangat sangat tapi kalau orang lain dia tak macam ni,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fara berkata dia berharap suaminya sedar dengan kenyataannya itu serta menceraikannya.
“Saya berharap dia sedar dengan kenyataan saya dan ceraikan saya. Berapa ramai ustaz dah nasihatkan.” tulisnya.
Terdahulu, Shuk mendedahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan Fara Salleh pada November tahun lalu.
SUMBER: Astro Gempak