Umum mengetahui, hari ini pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Susulan perceraian itu, perkongsian ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih melihat anaknya itu mengharungi proses cerai itu secara bersendirian.

BACA: “Ini Adalah Takdir Mereka” – Puteri Sarah

“Sejujurnya, mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir hidupnya seorang diri. Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan segala urusan,” tulisnya.

Terdahulu, Peguam mewakili Syamsul berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali dan pertama kali pada 14 Ogos lalu. Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

×