Mengaku Dah Tak Bertudung, Nonny Nadirah Marah Siapa?

 Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Nonny Nadirah. Baru-baru ini perkongsian Nonny mengundang tanda tanya seperti ditujukan kepada seseorang.

Menerusi entri itu, Nonny seolah meluahkan rasa marah dan kesal terhadap seseorang yang tidak berhenti menganggu kehidupannya.

BACA: Nonny Nadirah Kembali Berhijab, Mila Syukur Dapat Jumpa Selepas 3 Tahun

Turut menjadi perhatian Nonny juga mengaku dia tidak lagi bertudung dan tidak berhenti diganggu sejak dia mula berubah serta berhijab dahulu.

“Aku berubah kerana Allah SWT, bertudung, solat, macam macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan. 3 tahun aku diam.  Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan apa lagi yang kau nak buat?” tulisnya.

Dalam pada itu, Nonny turut memberikan amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak mempermainkan isu agama.

“Korang nak buat apa dengan aku buatlah, tapi bab AGAMA ISLAM jangan main-main dengan aku!” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa namun Nonny dipercayai meluahkan rasa kesal kepada individu yang menghantar sihir kepadanya.

Sebelum ini, Nonny mendedahkan dia berdepan kehidupan sukar akibat gangguan sihir daripada individu yang dikenalinya beberapa tahun lalu.

×