Menangi Hadiah Khas Jurassic World Dalam Peraduan Dino-Venture!

Kalau anda belum tahu, filem terhangat di pawagam ketika ini Jurassic World telah berjaya mengutip lebih US$500 juta (RM1.88 billion) dalam masa beberapa hari sahaja tayangan. Ha, anda sudah ke pawagam menonton atau belum?

Jangan terlambat nanti kawan sembang pasal dinosaur anda tertinggal keretapi, heh.

Screen Shot 2015-06-15 at 3.03.36 PM

Bersempena dengan demam Jurassic World di Malaysia ketika ini, United International Pictures (UIP) telah menganjurkan satu peraduan Dino-Venture yang membolehkan anda memenangi barangan hebat khas Jurassic World di samping hadiah utama Samsung Galaxy S6!

Caranya mudah sahaja, anda perlu layari laman rasmi Jurassic World di jurassicworld.uip.com.my untuk memulakan cabaran Dino-Venture anda dan selepas mendaftar dengan akaun Facebook anda perlu lengkapkan beberapa siri soalan.

Screen Shot 2015-06-15 at 2.46.29 PM

Bayangan atau clue untuk setiap soalan atau cabaran akan dimuat naik ke Facebook rasmi UIP dua kali seminggu dan bayangan terakhir akan diberikan pada 22 Jun 2015 nanti. Jadi, masih banyak masa untuk anda sertai dan menang Samsung Galaxy S6. Telefon power!

Screen Shot 2015-06-15 at 2.47.02 PM

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Juraasic World di pawagam berhampiran dan juga sertai peraduan Dino-Venture, mana tahu anda boleh bergaya dengan Samsung Galaxy S6 untuk digayakan pada pagi raya nanti. Layan sekejap trailer Jurassic World sebelum itu, enjoice!

https://www.youtube.com/watch?v=PONd-zCgPKk

×