fbpx

“Memang Tidak Ada Sinar” – Adira Dah Move On Dari Datuk Red

Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia tetap dengan pendirian untuk meneruskan kehidupan meskipun ramai yang berharap dia kembali bersatu dengan bekas suaminya, Datuk Red.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Adira berkata dia kini lebih selesa bersahabat dengan bekas suaminya itu dan menjalin hubungan baik demi anak-anak mereka.

BACA: Adira Tak Tolak Jika Berjodoh Kembali Dengan Datuk Red

“Kalau kami tak move on lagi…tak adalah kami boleh berborak dan bergurau macam sekarang ini. Saya ni kalau tak move on lagi saya takkan jumpa dengan orang tu. Sekarang ini komunikasi kami bagus dan dua-dua dah move on.

“Jangan cerita tentang 10 tahun akan datang atau apa tapi buat masa sekarang ni kalau orang tanya rujuk atau apa…memang tidak ada sinar,” katanya.

Dalam pada itu, Adira berkata bekas suaminya datang ke rumah dalam tempoh edah bukan sesuatu yang salah apatah lagi mahu bertemu dengan anak-anak.

“Datuk nak fokus selesaikan masalah dia…saya pula besarkan anak-anak. Dalam tempoh edah memang dia boleh datang rumah tapi kalau dah tidak dalam tempoh eah masih datang rumah itu sudah pelik. Waktu edah tak ada yang pelik dia datang rumah ke apa,” katanya.

SUMBER: mStar Online