Mawar Rashid Mahu Kurangkan Perangai Gedik

Seringkali digelar gedik oleh sesetengah pengikut dan peminatnya di laman sosial, Mawar Rashid memberitahu mStar Online bahawa dia akan cuba mengurangkan tanggapan tersebut agar tidak menimbulkan rasa meluat sesetengah pihak.

BACA: Gambar Sekitar Sambutan Majlis Birthday Mawar Rashid

“Siapa yang kenal saya sebelum menceburi bidang seni, mereka tahu betapa gila-gilanya insan bernama Mawar Rashid. Bukan gilakan perhatian, tetapi saya selesa menjadi diri sendiri. Mungkin itu juga cara saya menghiburkan hati bersama rakan-rakan rapat dan adik-beradik”

“Pun begitu, sejak bergelar public figure, saya akui mula mengurangkan perangai gila-gila itu agar tidak terus disalah anggap peminat sebagai seorang yang gedik. Apa-apa pun itu tidak bermakna saya hipokrit dengan cuba berlagak baik.

“Masih ada perangai gila-gila itu, tetapi tidak hyper seperti dulu,” jelasnya. Malah dalam masa yang sama, Mawar juga mengakui bahawa kehidupan bergelar selebriti sememangnya menuntut dirinya untuk menjadi lebih kuat menghadapi kritikan dan dugaan. (rtky/s)

×