Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai dakwaan pelakon Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob bakal bercerai sekaligus mengejutkan ramai.

Malah, susulan dakwaan itu ramai netizen tidak menyangka pasangan tersebut berdepan kemelut rumah tangga kerana diilihat bahagia.

BACA: Mawar Rashid, Suami Bakal Bercerai?

Memetik mStar Online, Mawar yang dihubungi hanya mendiamkan diri serta mematikan panggilan selepas ditanya mengenai dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Mawar berkata dia akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan tersebut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, sumber Harian Metro memberitahu pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.

“Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka,” katanya.

Terdahulu, isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa bergolak selepas aktres itu mengambil keputusan membuka tudung pada Oktober lalu.

×