Mawar Karim Syukur Hidup Lebih Tenang, Duit Tak Lesap

Baru-baru ini, perkongsian usahawan Mawar Karim menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan dia banyak menanggung keluarga ketika bergelar isteri.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Mawar tidak menyebut nama mana-mana pihak namun mengakui hidupnya kini lebih tenang bebanding dahulu.

BACA: Mawar Karim Dah Kahwin Tiga Bulan?

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” katanya.

Mawar berkongsikan mengenai perkara itu ketika menjawab komen netizen yang mengatakan dia tidak lagi cantik seperti dulu serta kasihan dengan usahawan tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Mawar turut menyelar individu tersebut yang meninggalkan komen menggunakan akaun media sosial palsu untuk menyerangnya.

“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?

“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.

Terdahulu, Mawar dan Fizo pernah berkahwin pada 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

×