Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H?

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewahnya McLaren.

Susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik sebenar tampil membuat laporan polis.

BACA: Bukan Nombor Plat Sebenar, JPJ Gesa Pemilik McLaren Buat Laporan

Terbaru, perkongsian Fatin menjadi perhatian apabila berkongsikan video suaminya berada di hospital. Malah, Fatin turut menulis kapsyen suaminya dipukul dengan geng Honda.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan kenyataan itu sama ada benar ataupun hanya berjenaka.

Sebelum ini, suami kepada artis tersebut dikecam teruk selepas mendakwa menghina kereta bukan supercar sebagai najis pada sebuah acara pertunjukan kereta.

×