“Masalahnya Kenapa Muka Tiga Oyen Tu Sama?” – Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah dilihat ada memuat naik video memaparkan kemesraan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama anak-anaknya di TikTok.

Menerusi video itu, Bella memuat naik telatah Syed Saddiq bersama Ayden dan Ara dengan berlatar belakangkan lagu Price Tag nyanyian Jessie J berserta kapsyen ‘3 Oyen’.

BACA: “Doakan Saya & Bella” – Syed Saddiq

@bellaastillah_94

Bersama 3 oyen ?

? Just smile – ~Aidan~

Dapat dilihat Saddiq mengenakan busana sedondon oren dengan kedua-dua anak Bella serta dilihat mesra dan rapat.

Diruangan komen, rata-rata netizen tersenyum melihat telatah mereka itu serta ada yang mengatakan Ayden dan Ara seperti anak-anak Syed Saddiq.

Malah, ramai yang berpendapat wajah kedua-dua anak Bella itu juga mempunyai iras dengan Saddiq serta berharap agar pasangan itu akan betul-betul berkahwin.

×