Marissa Dania Minta Ibu Henti Sebar Cerita Tak Benar

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania meminta ibunya iaitu pelakon Abby Abadi supaya menghentikan penyebaran cerita tidak benar di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Thread, Marissa berkata susulan kenyataan ibunya, suaminya Aslam digelar dengan gelaran tidak sepatutnya dan menjijikkan.

BACA: “Saya Cuma Tak Ada Peluang Untuk Jaga Anak” – Marissa Dania

Menurut Marissa lagi dia tidak pernah berhenti sayang serta hormatkan ibunya namun sebagai isteri dia lebih tahu apa yang berlaku sebenarnya dan tuduhan dilemparkan tidak benar sama sekali.

Sementara itu, Marissa turut berharap agar ibunya berhenti membuat kenyataan di media sosial sehingga menimbulkan salah faham dan dia cuba menghubungi Abby namun tidak diendahkan.

Malah, Marissa berkata dia langsung ruang untuk berbincang mahupun berjumpa. Tambah Marissa lagi, dia berharap masalah dalam keluarga mereka dapat diselesaikan secara tertutup.

×