Pempengaruh media sosial, Marissa Dania tampil membalas komen seorang netizen yang menegur perkataan Bahasa Inggeris yang digunakannya di Insta Story.
Menerusi entri itu, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu memuat naik gambarnya sedang menikmati minuman serta kapsyen dalam bahasa Inggeris.
BACA: Model Mirip Wajah Marissa, Abby Abadi Peluk Sebab Rindukan Anak
“My moves have to either make sense or make money,” tulisnya.
Susulan itu, ada yang menegur penggunaan tatabahasa Bahasa Inggerisnya serta mencadangkan kepada Marissa gunakan duit untuk belajar Bahasa Inggeris.
“Made sense’. Mungkin boleh gunakan duit itu untk belajar bahasa Inggeris dengan lebih baik,” kata netizen itu.
Tidak hanya berdiam diri, Marissa membalas komen tersebut meminta individu itu tidak masuk campur dengan kehidupannya dan menjaga hal masing-masing.
SUMBER: HibGlam